Lelaki sesat di hutan Kampung Quap ditemukan selamat

Seorang lelaki yang sesat di dalam hutan di Kampung Quap Dayak, Lelaki sesat di hutan Kampung Quap ditemukan selamat

KOTA SAMARAHAN--Seorang lelaki yang sesat di dalam hutan di Kampung Quap Dayak, Jalan Batu 10 di sini, petang semalam ditemukan selamat malam tadi.


Mangsa, Alemson ak Siriyos, 28, dijumpai jam 11.07 oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.36 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Quap Dayak ke lokasi kejadian.


"Setibanya di lokasi kejadian, pasukan SAR memulakan pencarian dalam radius 2 kilometer dari Kampung Quap, ahli keluarga seramai 2 orang turut serta dalam pencarian mangsa sesat.



"Pencarian dilakukan menyusuri trek yang dibuat oleh mangsa, cuaca di lokasi hujan dan gelap," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pada jam 11.07 malam mangsa telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.



"Mangsa berjaya di bawa keluar dari hutan dan seterusnya mangsa dirawat oleh unit EMRS BBP Kota Samarahan dan mangsa enggan dihantar ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.


"Operasi SAR Kampung Quap ditamatkan setelah mendapati keadaan mangsa selamat dan diserahkan kepada ahli keluarga," ujarnya.

LihatTutupKomentar