Lelaki maut, motosikal ditunggang dilanggar dari belakang

Motosikal dilanggar kereta di kawasan lampu isyarat Jalan Bau/Lundu, Kemalangan di kawasan lampu isyarat Jalan Bau/Lundu

BAU--Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai  dilanggar kereta yang datang dari arah belakang di kawasan lampu isyarat Jalan Bau/Lundu di sini, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, mangsa berusia 21 yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan maut di tempat kejadian.



"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menerima laporan berhubung kes ini jam 11.30 malam.


"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Perodua Bezza dipandu wanita berusia 26 tahun dan mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, kejadian dipercayai berlaku  apabila pemandu Perodua Bezza sedang memandu di kawasan terbabit.


"Apabila melintasi lampu isyarat merasakan telah melanggar sesuatu, pemandu kenderaan tersebut menghentikan kenderaan dan keluar daripada kereta untuk memeriksa keadaan.


"Setelah keluar kenderaan pemandu tersebut mendapati sebuah motosikal berada di hadapan kenderaan di pandu manakala penunggang motosikal terbabit berada di bahu jalan sebelah kanan," katanya.


Katanya, penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak paramedik hospital Bau.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.