Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM5,200


MIRI— Seorang lelaki dicekup kerana disyaki memiliki dadah di kawasan parkir Stadium Miri, Jalan Sukan di sini petang semalam.


Hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 24 tahun itu membawa satu peket lutsinar dipercayai mengandungi dadah seberat 52 gram dengan nilai dianggarkan RM5,200.



Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sekitar jam 6.30 petang.


“Suspek diminta menyerahkan beg galas yang dibawa dan hasil pemeriksaan lanjut membawa penemuan dadah dan pasport antarabangsa di atas nama suspek,” katanya dalam sidang media hari ini.


Alexson berkata, kes  disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Next Post Previous Post