Ingatkan ikan besar, rupanya buaya tersangkut di jaring
SIPITANG—Dua nelayan terlejut apabila melihat "rezeki" yang tersangkut pada jaring ikan yang dipasang mereka seekor reptilia ganas sepanjang dua meter.
Memetik laporan Daily Express, kedua-dua nelayan terbabit sebelum itu menjangkakan ikan besar tersangkut di jaring mereka.
Namun, setelah dibawa ke pantai di Kampung Pasir di sini, kedua-dua mereka terperanjat melihat seekor buaya tersangkut pada jaring berkenaan.
Salah seorang nelayan tersebut, Suhari Suhaili dipetik berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu lepas berdekatan dengan pantai Kampung Pasir Aru.
"Kami sangka kami dapat ikan besar kerana jaring tersebut sangat berat untuk ditarik. Namun, apabila tiba di tebingan kami mendapati rupa-rupanya ikan besar itu adalah seekor buaya.
"Kami tidak berani untuk dekat dengan buaya tersebut kerana ia sangat agresif," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Sipitang Calvin Joe Jeafrey menasihatkan orang ramai tidak mandi berdekatan kawasan tersebut kerana bimbang dengan ancaman serangan buaya.
"Elak mandi atau memancing di kawasan berkenaan kerana bimbang akan serangan reptilia ganas tersebut," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.