Hujan berterusan di Sarawak hingga Isnin
SANDAKAN-- Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan mulai hari ini hingga Isnin di Sarawak dan pantai timur Sabah.
Di Sarawak melibatkan Miri, Subis, Beluru, Marudi dan Limbang.
Manakala di Sabah melibatkan kawasan pantai barat dan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, lapor Bernama.
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 1.40 tengah hari tadi, daerah terkesan adalah Sandakan, Kudat, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.