APM Miri selamatkan kucing tercucuk geriji besi pada perut

Gambar APM

MIRI--Seekor kucing milik seorang wanita warga emas di Kampung Lusut, Taman Tunku tercucuk geriji besi pagar kediamannya awal pagi tadi.


Seramai empat anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) tiba di lokasi untuk menyelamat kucing tersebut.


Gambar APM


Menurut pegawai APM Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada jam 8.15 pagi tadi.


Setibanya di lokasi, mereka mendapati kucing itu tercucuk pada bahagian perutnya.


Usaha mengeluarkan kucing tersebut dari geriji besi berlangsung sekitar 15 minit.


"Sebaik sahaja kucing itu dikeluarkan dari geriji besi, anggota APM terus melakukan rawatan terhadapnya," ujar Mirwan.


Kucing itu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya.

Next Post Previous Post