Tiga sebab mengapa DAP perlu tarik diri di Sarawak pada PRU15 ini-Voon

Sebab pertama DAP adalah 'parti asing' tidak mempunyai kaitan dan kepentingan di Sarawak.

KUCHING—Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Parlimen Bandar Kuching, Voon Lee Shan merayu agar Parti Tindakan Demokratik (DAP) menarik diri daripada bertanding di kesemua kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


Voon dalam kenyataan media berkata, tiga sebab mengapa DAP perlu menarik diri daripada pilihan raya ini. 


"Pertama DAP adalah 'parti asing' tidak mempunyai kaitan dan kepentingan di Sarawak.


"Bahkan tidak pernah ada hasrat nenek moyang kita untuk mempunyai mana-mana parti politik dari Malaya menjejakkan kaki ke sini.  Mereka asing kepada orang Sarawak," tegasnya.


Sebab kedua kerusi Parlimen di Sarawak adalah untuk parti politik dari Sarawak sendiri dan bukan untuk direbut parti politik dari Malaya.


Sebab kedua kata Voon, kerusi Parlimen di Sarawak adalah untuk parti politik dari Sarawak sendiri dan bukan untuk direbut parti politik dari Malaya.  



"Sarawak hanya diberi 31 daripada 222 kerusi Parlimen dan kerusi yang dimenangi parti politik dari Malaya adalah kerusi yang diambil oleh Malaya," jelasnya. 



Tambahnya, sebab ketiga pula adalah lebih baik DAP dan parti politik dari Semenanjung menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik di Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum masuk campur urusan ke Sarawak.


Sebab ketiga lebih baik DAP dan parti politik dari Semenanjung menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik di Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum masuk campur urusan ke Sarawak.


"Masalah di Semenanjung boleh menyebabkan kehancuran negara dan adalah lebih baik parti politik dari Tanah Melayu seperti DAP, PKR, AMANAH dan PAS menggunakan tenaga dan sumber mereka untuk membersihkan kekacauan di sana.


"Chong dan rakan-rakannya di Sarawak harus meletak jawatan daripada DAP dan menyertai parti politik tempatan.  


"Ini kerana parti politik Malaya mula tidak diterima oleh rakyat Sarawak.  Keputusan PRN12 terhadap mereka adalah jelas," ujarnya. 

Next Post Previous Post