Salam kosong-kosong... Lupakan sengketa lama, kita bermaaf-maafan demi Malaysia, Guan Eng
KUALA LUMPUR— Pengerusi DAP Lim Guan Eng hari ini turut mengutuskan salam perdamaian kepada pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kerajaan Sarawak hari ini.
Guan Eng dalam permohonan maafnya mengajak Sarawak untuk bersama-sama membuka lembaran baharu dan berganding bahu demi perpaduan dan kebaikan rakyat.
“Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Pengerusi GPS dan Premier Sarawak.
Marilah kita sama-sama mengorak langkah baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat berbilang kaum dan budaya demi mempertahan Perlembagaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.