Ribut petir, hujan lebat di Sarawak hingga 5 petang ini

Beberapa bahagian di Sarawak diramal mengalami ribut petir, Ribut petir dan hujan lebat di Sarawak hingga 5 petang ini

KUALA LUMPUR-- Beberapa bahagian di Sarawak diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Bahagian Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).


Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Sabah.


Di Kedah kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.


Di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.


Sementara di Sabah melibatkan Sandakan (Beluran) dan Kudat, lapor Bernama.


Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan memaklumkan penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung dalam tempoh 20 hingga 24 Nov berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri di Semenanjung.


Ramalan itu berdasarkan analisis model-model cuaca.


Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan proses pengundian akan tamat pada 6 petang.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.