Notification

×

Iklan

Iklan

PRU15: Rodiyah ganti Nancy di Batang Sadong, 14 muka baharu GPS

| November 03, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-03T07:23:38Z


KUCHING: Rodiyah Sapiee pengganti Dato Sri Nancy Shukri di kerusi Batang Sadong, antara 14 muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi 31 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Pengumuman senarai calon GPS itu dibuat oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.



Dalam pengumuman itu, Abang Johari memberitahu Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing akan mempertahankan kerusi Kapit dan Petra Jaya.


Sementara Nancy yang juga Naib Ketua Wanita PBB pula katanya akan bertukar kerusi dari Parlimen Batang Sadong ke Parlimen Santubong bagi menggantikan penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.



"Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum yang dicalonkan semula bertanding di Julau, Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing pula akan mempertahankan kerusinya di Bintulu manakala Datuk Willie Mongin diumum mempertahankan kerusi Puncak Borneo. 


"Calon-calon yang dikemukakan GPS pada kali ini terdiri daripada kombinasi mereka yang berpengalaman selain menampilkan 14 muka baharu serta lima calon wanita.


"Calon yang dikemukakan GPS ini datang daripada mereka yang berpengalaman, berumur pertengahan dan juga calon muda," katanya.



Antara calon lain; P192 Mas Gading Lidang Disen, P195 Bandar Kuching Tay Tze Kok, P196 Stampin Lo Khere Chiang, P197 Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, P199 Serian Dato Sri Richard Riot Jaem, P201 Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, P202 Sri Aman Doris Sophia Brodi, P203 Lubok Antu Roy Angau Gingkoi dan P204 Betong Richard Rapu @ Aman Begri.


Bagi P205 Saratok pula Giendam Jonathan, P206 Tanjung Manis Ir Yusuf Abd Wahab, P207 Igan Ahmad Johnie Zawawi, P208 Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii, P210 Kanowit Datuk Ago Dagang, P211 Lanang Wong Ching Yong, P212 Sibu Clarence Ting Ing Horh@ Ting Ing Ho dan P213 Mukah Dato Hanifah Hajar Taib.


Selain itu, P214 Selangau Edwin Banta, P216 Hulu Rajang Datuk Ugak Kumbong, P217 Bintulu Dato Sri Tiong King Sing, P218 Sibuti Lukanisman Awang Sauni, P219 Miri Jeffery Phang Siaw Foong, P220 Baram Dato Anyi Ngau, P221 Limbang Datuk Hasbi Habibollah dan P222 Lawa Dato Henry Sum Agong.


Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

×
Berita Terbaru Update