PRU15: Polis tahan tiga lelaki terbangkan dron tanpa permit

Suspek disiasat menerbangkan dron tanpa permit di kawasan larangan pada hari penamaan calon PRU15 di PPC  Serian dan Petra Jaya pada Sabtu lalu. -Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri

KUCHING--Polis menerima dua laporan atas kesalahan menerbangkan dron tanpa permit atau lesen kelulusan yang sah di kawasan larangan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri berkata, kejadian pertama berlaku di Daerah Kuching dalam kawasan Pusat Penamaan Calon Petra Jaya membabitkan seorang lelaki berusia 40-an telah ditangkap di sebuah rumah Taman Peaceful, Jalan Semarak jam 9.20 pagi.


"Turut dirampas sebuah dron milik suspek, kejadian kedua berlaku di Daerah Serian iaitu dalam kawasan Pusat Penamaan Calon Serian.


"Polis telah menahan dua lelaki telah menahan dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an, turut dirampas seunit dron, seunit alat kawalan jauh dan seunit telefon bimbit jenama Xiomo daripada kedua-dua suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, ekoran kejadian itu pihak polis telah membuka dua kereta siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan/Peraturan 140 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPN) 2016.


"Ketiga-tiga suspek yang ditangkap telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah siasatan selesai.


"Kertas siasatan akan dilengkapkan sepenuhnya dengan kadar segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapat arahan dan keputusan selanjutnya," katanya.


Katanya, pihak polis juga telah meluluskan permohonan 16 permit ceramah kepada parti-parti politik sempena PRU15 di seluruh Sarawak.

  

"Pihak polis mendapati aktiviti ceramah yang telah dilaksanakan parti terlibat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


"Kita menewaskan kepada semua pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang proses PRU15 mulai hari penamaan calon sehingga hari pembuangan undi demi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.


Katanya, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Next Post Previous Post