PRU-15:Polis terima 3 laporan kes khianat, 146 permit ceramah diluluskan


KUCHING—Polis Sarawak menerima tiga laporan kes khianat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat semalam.


Jurucakap Media PRU15, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Superintendan Douglas Nyeging berkata, laporan pertama berkaitan kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan bendera sebuah parti politik di daerah Sarikei yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


"Laporan kedua melibat laporan pihak berkuasa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berkaitan laporan berkenaan tindakan menurunkan empat poster kerana melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan di Jalan Padungan.


"Satu lagi laporan berkenaan tindakan menurunkan bendera sebuah parti politik kerana di pasang di kawasan parti itu tidak bertanding di Jalan Kampung Gersik," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,kes itu dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.


"Pihak polis juga telah meluluskan sebanyak 146 permit ceramah dan kempen kepada parti-parti politik di seluruh negeri Sarawak.


"Kita menasihatkan semua pihak-pihak yang terlibat dalam PRU kali ini sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan," tegasnya.

Next Post Previous Post