Produk minuman Nutri Malt keluaran Carlsberg tiada sijil halal, kata Jakim

JAKIM mengesahkan produk minuman jenama Nutri Malt, Produk minuman Nutri Malt keluaran Carlsberg tiada sijil halal
Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan minuman itu dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam dan diletakkan di dalam peti sejuk bersama minuman yang memiliki logo halal. Gambar Facebook

KUALA LUMPUR—Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk minuman jenama Nutri Malt keluaran syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad tidak memiliki dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia. 


Menerusi perkongsian di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM memaklumkan ia bertepatan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2022 klausa 6 (2) yang menyatakan: "Syarikat yang mengeluar dan/atau mengedar produk halal dan tidak halal termasuk perkhidmatan penghantaran makanan tidak layak memohon pensijilan halal Malaysia."


Sehubungan itu, JAKIM menyarankan umat Islam memilih produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana ia bukan sahaja dijamin halal tetapi toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini, lapor Bernama.


Pengguna boleh membuat semakan status halal produk atau premis makanan beserta panduan penuh di Portal Rasmi Halal Malaysia, aplikasi SmartHalal dan aplikasi Verify Halal. 


Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan dan inginkan penjelasan berkaitan isu halal yang tular boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM.


Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan minuman itu dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam dan diletakkan di dalam peti sejuk bersama minuman yang memiliki logo halal.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.