Notification

×

Iklan

Iklan

Polis terima laporan kes tular lelaki dera wanita di Kajang

| November 18, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-18T11:16:47Z
Tangkap layar rakaman seorang lelaki mendera seorang wanita di Kajang. Gambar Facebook

KUALA LUMPUR—Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, baru-baru ini.


Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung video yang tular itu.


“Ketika ini, kami sedang mengambil tindakan berhubung kes terbabit,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.


Semalam, dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.


Laporan media sosial menyatakan dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

×
Berita Terbaru Update