Pemandu tersepit, lori simen terbalik

Seorang lelaki tersepit selepas lori dengah muatan simen dipandunya hilang kawalan, Lori simen terbalik  di bahu jalan menuju ke Feri Sebauh
Keadaan lori muatan simen yang yang terbalik selepas hilang kawalan di bahu jalan menuju Feri Sebauh malam tadi. Gambar kredit Bomba Bintulu 

BINTULU— Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan akibat tersepit selepas lori dengah muatan simen dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan menuju ke Feri Sebauh malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 8.57 malam itu, mangsa berusia sekitar 40an, hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri. 



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.


Katanya, ketika sampai di lokasi kemalangan, pemandu masih tersepit di ruangan memandu.


“Bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dalam jentera. 


Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi tamat sekitar jam 11.10 malam.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.