Naib Presiden Kanan PBB Fadillah Yusof hadapi saingan tiga penjuru di Parlimen Petra Jaya

Calon-calon kerusi Petra Jaya (dari kiri) Fadillah, Sopian dan Othman selepas proses penamaan calon selesai.

KUCHING— Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof berdepan dua pencabar, masing-masing daripada Pakatan Harapan (PH) dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Fadillah yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) ditentang calon Sopian Julaihi  (PH-PKR) dan Datuk Othman Abdillah (SEDAR).



Beliau yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, telah menyandang kerusi Parlimen Petra Jaya empat penggal berturut-turut sejak memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) 2004.


Senarai rasmi calon bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Petra Jaya Mohamed Khaidir Abang pada jam 11.37 di Pusat Penamaan Calon, Dewan Al-Muneerah SMK Petra Jaya.



Turut hadir memberikan sokongan kepada Fadillah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki, ADUN Semariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta ratusan penyokong GPS lain.

Next Post Previous Post