Lori bawa muatan rumbia terbabas, pemandu maut

Keadaan lori bermuatan rumbia yang terbabas berhampiran Jambatan Mat Win di sini petang semalam.

DALAT—Pemandu lori lelaki maut selepas lori 10 tan yang membawa muatan rumbia terbabas di T-Junction berhampiran Jambatan Mat Win di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintenden Saga Chunggat berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa yang maut dikenali Jainudin Jana,69, beralamat di Kampung Penat.



"Kejadian itu menyebabkan lori yang dipandu terbalik, mangsa terhimpit di tempat memandu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, siasatan awal mendapati pemandu hendak membelok ke kiri menuju arah Sungai Kut sebelum dipercayai hilang kawalan ketika hendak membelok ke kiri menuju arah Sungai Kut. 


"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.

Next Post Previous Post