Lo Khere bersedia rampas kerusi Stampin

Pengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang beri kelebihan kepada Lo Khere Chiang, Lo Khere bersedia rampas kerusi Stampin
Lo Khere Chiang sedia rampas kerusi Parlimen Stampin.

KUCHING— Pengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang beri kelebihan kepada Lo Khere Chiang, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk  merebut kerusi Parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Lo Khere yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata, beliau yakin dan sudah bersedia untuk berdepan pihak lawan.


“Meskipun saya mempunyai kelebihan, namun saya tetap bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat dan tidak akan mengecewakan mereka. 


JIka dulu saya hanya boleh bawa masalah mereka ke DUN, sekarang saya boleh bawa perkara itu ke Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Lo Khere calon dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat PBB selepas sidang media sempena majlis penyerahan watikah kepada calon-calon GPS PRU-15 di sini, hari ini.


"Justeru diharapkan agar rakyat memberi peluang kepada GPS untuk bersuara lebih lantang di Parlimen dan mengambil semula hak milik Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.


Kerusi Parlimen Stampin yang dimenangi oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen merupakan antara kerusi panas selain Bandar Kuching dan Mas Gading yang juga diwakili wakil rakyat daripada parti itu.


Pada PRU14, Chieng Jen memenangi kerusi Parlimen Stampin dengan majoriti 14,221 undi (33,060 undi) menentang Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang memperoleh 18,839 undi.


Selain Lo Khere, SUPP turut menampilkan muka baharu Eric Tay Tze Kok untuk berdepan Dr Kelvin Yii di Bandar Kuching.


Tay yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya berkata, beliau berbesar hati diminta bertanding dalam pilihan raya dan berikrar untuk melakukan yang terbaik.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.