Lelaki maut kemalangan babitkan tiga treler, dua kenderaan

Kemalangan babitkan lima kenderaan termasuk tiga treler, Kemalangan di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan,
Anggota bomba berada di lokasi kemalangan. Gambar kredit Bomba

IPOH—Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk tiga treler di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Slim River, awal pagi tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat perkak negeri berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke tempat kejadian.



“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan tiga treler muatan besi, sebuah Nissan X-trail dan Proton Iris. Seorang lelaki berumur 44 tahun telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang turut dikejarkan ke tempat kejadian.


“Mangsa yang tersepit telah dikeluarkan dengan peralatan khas dan penggunaan dua kren. Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.



Sehingga kini, tiada maklumat lanjut berkaitan mangsa yang maut itu dan mayat dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.


Menurut Twitter PLUS, kemalangan itu menyebabkan kesesakan sejauh empat kilometer berikutan kesemua lorong terhalang dan kerja-kerja pengalihan kenderaan terlibat kemalangan sedang dilakukan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.