Kereta parkir di rumah terbakar

Kereta parkir di rumah terbakar

KUCHING— Sebuah kereta yang diparkir di sebuah rumah di Taman Punica, Jalan Matang, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.27 malam.


“Seramai enam anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba, berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis KIA yang berada di tempat parkir rumah dan kebakaran merebak ke bahagian siling tempat parkir,” katanya dalam kenyataan.


Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pemadaman satu aliran salur bantu mula dan satu aliran hos 200 kaki dari pili bomba.


“Kebakaran itu menyebabkan kereta tersebut terbakar 80 peratus, manakala bahagian siling terbakar 30 peratus. Kebakaran tidak melibatkan struktur dalam rumah dan tiada melibatkan kemalangan jiwa,” katanya lagi.


Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.28 malam. Pasukan PKO bertolak ke balai setelah memastikan semua selamat.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.