JKR tutup sebahagian laluan Beluru di jalan lama Miri Bintulu, jalan runtuh

Jalan raya Beluru di Kilometer 61 yang merekah akibat kejadian tanah runtuh, JKR tutup sebahagian laluan Beluru di jalan lama Miri Bintulu
Jalan raya Beluru di Kilometer 61 yang merekah akibat kejadian tanah runtuh.

MIRI— Jabatan Kerja Raya bertindak menutup sebahagian laluan Beluru di Kilometer 61, jalan lama Miri Bintulu selepas jalan tersebut runtuh akibat hujan lebat malam tadi.


Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi tadi.



Pengurus Lebuh Raya Pan Borneo Zon Utara, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Siaw Ming Chian, berkata, susulan itu sebahagian daripada laluan yang runtuh tersebut telah ditutup kepada pengguna jalan raya.


"Kerja-kerja pembinaan laluan lencongan sementara sedang giat dilakukan ketika ini," ujarnya ketika dihubungi.


Beliau berkata, hanya satu laluan jalan tersebut dibuka untuk kegunaan pengguna yang melalui jalan tersebut.


Pengguna jalan juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dalam pemanduan dan peka dengan keadaan sekeliling jalan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.