Jangan cetuskan kegusaran, gugat ketenteraman awam- Pesuruhjaya Polis Sarawak

Polis Sarawak menasihatkan orang ramai terutama pengguna media sosial, Jangan cetuskan kegusaran, gugat ketenteraman awam- Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING--Polis Sarawak menasihatkan orang ramai terutama pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kegusaran atau mengugat ketenteraman awam.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato' Azman Ahmad Sapri berkata, kenyataan terbabit termasuk melalui hantaran, pemanjangan apa-apa bentuk teks, video atau audio yang membabitkan institusi raja, agama dan kaum.


"Perbuatan menyebarkan kenyataan yang membabitkan hasutan, fitnah, penghinaan, perkataan jelek, lucah Dan sebagainya adalah dikategorikan sebagai kandungan mengandungi kebencian yang boleh mendatangkan kegusaran awam atau mengugat ketenteraman awam.


"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan," katanya ketika sidang media hari ini.


Beliau berkata, polis Sarawak telah melancarkan 35 sekatan jalan raya di lokasi-lokasi Strategik di setiap Daerah di seluruh negeri Sarawak secara penugasan 24 jam bermula 22 November sehingga satu masa ditetapkan kelak.


"Sekatan jalan raya ini adalah salah satu usaha polis mencegah jenayah melalui peningkatan omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.


"Polis Sarawak sentiasa bersiap sedia memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin dalam tempoh Pasca Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU-15)," ujarnya.


Katanya,tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam keselamatan negara.


"Polis Sarawak memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di negeri Sarawak adalah terkawal," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.