Jambatan Sungai Beriwan 1 di Lawas runtuh
LAWAS--Huian lebat menyebabkan jambatan Sungai Beriwan 1, Jalan Ba'kelalan di sini, runtuh.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8 pagi tadi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.
"Hujan lebat berterusan yang bermula jam 2 petang hingga ke lewat petang semalam menyebabkan jambatan tersebut telah runtuh.
"Ini menjejaskan akses jalan utama penduduk ke Ba'kelalan, Long Semadoh dan Long Sukang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,kerja-kerja pembaikan jalan sementara untuk kenderaan kecil sedang giat dijalankan oleh, Saraworks Sdn. Bhd, Kimlun Sdn. Bhd & SAMLING Timber.
"Kerja-kerja pembaikan dijangka selesai pada waktu petang bergantung pada keadaan cuaca," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.