Notification

×

Iklan

Iklan

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

| November 02, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-02T09:32:56Z

KUALA LUMPUR—Harga runcit tiga jenis produk petroleum tidak berubah bagi tempoh 3 hingga 9 Nov. 


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.95 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) seliter, laporBernama.


Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling.


Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

×
Berita Terbaru Update