Fadillah terus terima sokongan padu pengundi belia

Fadillah percaya mampu meraih undi daripada pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-15, Fadillah terus terima sokongan padu pengundi belia
Fadillah Yusof bersama belia yang menghadiri program FY Minum Pagi bersama Belia-Beliawanis Tupong di Rends Burger, Metrocity, pagi tadi.

KUCHING— Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Petra Jaya, Datuk Sri Fadillah percaya mampu meraih undi daripada pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)  19 November ini.


“Setakat ini semua keterlibatan atau interaksi dengan pengundi muda di ketiga-tiga kawasan saya mendapat pandangan yang positif sama ada melalui media sosial mahupun bersemuka.



Nampaknya mereka sangat mesra dengan GPS. Mereka juga memahami, merasai dan mengetahui perancangan negeri khususnya di peringkat Sarawak,” katanya  semasa program FY Minum Pagi bersama Belia-Beliawanis Tupong di Rends Burger, Metrocity, pagi tadi.


Beliau turut menekankan pentingnya penguasaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam melahirkan sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran.


“Bukan sahaja dalam konteks pekerjaan sebagai pekerja mahir, namun dalam bidang perniagaan, pembangunan, penghasilan produk dan sistem baharu untuk memenuhi kehendak Sarawak itu sendiri,” katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.