Notification

×

Iklan

Iklan

Abang Jo umum nama Calon GPS PRU15

| November 03, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-03T06:32:04Z


Fadillah Yusof, Alexander Nanta Linggi kekal di Petra Jaya dan Kapit, Nancy pindah ke Santubong.


14 muka baharu serta lima calon wanita.


KUCHING— Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan calon yang akan bertanding bagi 31 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Senarai calon gabungan dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) itu diumumkan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis di sini, lapor Bernama.


Abang Johari berkata Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing akan mempertahankan kerusi Kapit dan Petra Jaya.


Naib Ketua Wanita PBB Datuk Seri Nancy Shukri pula akan bertukar kerusi dari Parlimen Batang Sadong ke Parlimen Santubong bagi menggantikan penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Selain itu, turut diumumkan adalah Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum yang dicalonkan semula bertanding di Julau, Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing pula akan mempertahankan kerusinya di Bintulu manakala Datuk Willie Mongin diumum mempertahankan kerusi Puncak Borneo.


Abang Johari berkata calon-calon yang dikemukakan GPS pada kali ini terdiri daripada kombinasi mereka yang berpengalaman selain menampilkan 14 muka baharu serta lima calon wanita.


“Calon yang dikemukakan GPS ini datang daripada mereka yang berpengalaman, berumur pertengahan dan juga calon muda,” katanya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.


Berikut adalah senarai penuh calon GPS:


P192 Mas Gading – Lidang Disen


P193 Santubong – Datuk Seri Nancy Shukri


P194 Petra Jaya – Datuk Seri Fadillah Yusof


P195 Bandar Kuching – Tay Tze Kok


P196 Stampin – Lo Khere Chiang


P197 Kota Samarahan – Datuk Rubiah Wang


P198 Puncak Borneo – Datuk Willie Mongin


P199 Serian – Datuk Seri Richard Riot Jaem


P200 Batang Sadong – Rodiyah Sapiee


P201 Batang Lupar – Mohamad Shafizan Kepli


P202 Sri Aman – Datuk Seri Doris Sophia Brodi


P203 Lubok Antu – Roy Angau Gingko


P204 Betong – Dr Richard Rapu @Aman Begri


P205 Saratok – Giendam Jonathan Tait


P206 Tanjong Manis – Yusuf Abdul Wahab


Igan P207– Ahmad Johnie Zawawi


P208 Sarikei – Datuk Seri Huang Tiong Sii


P209 Julau – Datuk Joseph Salang Gandum


P210 Kanowit – Datuk Aaron Ago Dagang


P211 Lanang – Wong Ching Yong


P212 Sibu – Clarence Ting Ing


P213 Mukah – Datuk Hanifah Hajar Taib


P214 Selangau – Edwin Banta


P215 Kapit – Datuk Seri Alexander Nanta Linggi


P216 Hulu Rajang – Datuk Wilson Ugak Kumbong


P217 Bintulu – Datuk Seri Tiong King Sing


P218 Sibuti – Lukanisman Awang Sauni


P219 Miri – Jeffery Phang Siaw Foong


P220 Baram – Datuk Anyi Ngau


P221 Limbang - Datuk Hasbi Habibollah


P222 Lawas – Datuk Henry Sum Agong


PRU15 menyaksikan buat kali pertama GPS menggunakan logo sendiri. 

×
Berita Terbaru Update