Notification

×

Iklan

Iklan

Dadah bernilai lebih RM390,000 disorok dalam bungkusan mi segera

| November 05, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-05T10:10:55Z
Dadah yang disorok dalam bungkusan mi segera. Gambar kredit FB Polis Subang jaya

KUALA LUMPUR— Polis merampas dadah dipercayai ketamin yang disorokkan di dalam 286 bungkusan plastik mi segera seberat 7,134 gram dianggar bernilai RM392,370, susulan pemeriksaan keatas sebuah premis syarikat penghantaran barang di Sime UEP Industrial Park, Subang Jaya, Khamis lepas. 


Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dadah itu ditemukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam pemeriksaan pada pukul 3 petang.

Beliau berkata di awal pemeriksaan polis menemukan enam kotak putih di atas lantai di belakang premis berkenaan, lapor Bernama.


“Pemeriksaan lanjut di dalam semua kotak itu membawa kepada penemuan 286 bungkus plastik mi segera, dengan setiap bungkusan mengandungi satu paket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Wan Azlan berkata polis percaya dadah itu disorokkan di dalam bungkusan menyerupai mi sebelum dihantar ke luar negara menggunakan syarikat penghantaran barang, dan sindiket itu didapati baru sahaja bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal bulan lepas.


“Setakat ini, masih belum ada tangkapan dilakukan kerana sindiket ini menggunakan maklumat palsu untuk berurusan dengan syarikat penghantar barang supaya ia sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Polis juga sedang giat mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai masih berada di dalam negara,” katanya.

×
Berita Terbaru Update