Cuba cabul wanita, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching hari ini selepas mengaku bersalah cuba mencabul seorang wanita pada 2 Nov lalu.

KUCHING— Seorang lelaki tempatan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah cuba mencabul seorang wanita pada 2 November lalu.


Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan tertuduh, 50, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap.



Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sebelum ini polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berhubung satu kes cubaan rogol.


Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.


“Polis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat awam yang telah menyalurkan maklumat penting kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek yang dikehendaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Next Post Previous Post