Angin kencang sebabkan pokok tumbang di Lutong

Pokok tumbang ke tengah jalan di Lutong-Pujut, Angin kencang sebabkan pokok tumbang di Lutong

MIRI—Angin kencang bersama hujan lebat yang melanda sejak awal pagi tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang ke tengah jalan di Lutong-Pujut.


Kejadian berlaku berhadapan sebuah hotel di Lutong.


Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian.


Menurut pegawai Pertahanan Awan Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 2.28  pagi.


"Seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi untuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang itu ke bahu jalan," ujarnya.


Katanya, sebaik sahaja anggotanya tiba di lokasi, mereka mendapati sebatang pokok sebesar tayar kereta pacuan empat roda menghempap dan menghalang laluan jalan raya.


"Anggota kita berjaya memotong kayu yang tumbang itu menggunakan peralatan khas dan dialihkan ke bahu jalan," katanya.


Operasi tamat pada jam 3.40 pagi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.