8 kereta terpakai terbakar

Lapan buah kereta terpakai terbakar di CM Working Machinery Batu Kitang, 8 kereta terpakai terbakar
Lapan buah kereta terpakai terbakar di CM Working Machinery Batu Kitang di sini, awal pagi tadi. Gambar kredit Bomba

KUCHING— Lapan buah kereta terpakai terbakar di CM Working Machinery Batu Kitang di sini, awal pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.52 pagi  sebelum  menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi kejadian didapati api sedang marak membakar lapan buah jenis kereta dan telah terbakar 100 peratus.


"Kebakaran melibatkan longgokan kereta terpakai," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,pasukan pemadam membentang dua aliran hos sumber air pili bomba  bagi mengawal serta memadam api dengan sepenuhnya. 


"Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,operasi tamat sepenuhnya jam 5.35 pagi," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.