Ular sawa pun nak bersarapan sekali

Seekor ular sawa sepanjang tiga meter di sebuah dapur  di Kampung Wireless, Ular sawa masuk rumah di sebuah dapur di Kampung Wireless
Seekor ular sawa sepanjang tiga meter ditangkap oleh APM Miri di sebuah kediaman di Kampung Wireless awal pagi tadi.

MIRI—Kehadiran seekor ular sawa sepanjang tiga meter di sebuah dapur  di Kampung Wireless mengejutkan seorang wanita warga emas yang hendak membancuh kopi, pagi tadi.


Difahamkan wanita tersebut baru sahaja berjalan masuk ke arah dapurnya untuk membuat kopi dan bersarapan.



Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Mirwan Shah Masri, pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 7.15 pagi dan seramai empat anggotanya telah digerakkan ke lokasi.


"Ketika kejadian, pengadu bersendirian. Bimbang akan keselamatan dirinya, pengadu terus menghubungi APM Miri untuk bantuan," ujarnya.


Operasi menangkap reptilia itu hanya mengambil masa sekitar dua minit menggunakan peralatan khas.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.