Sekurang-kurangnya 149 maut dalam pesta Halloween di Seoul

Insiden rempuhan di daerah Itaewon Seoul, Insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween
Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian dan memberikan bantuan. Gambar FB

SEOUL—Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh  manakala 76 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween, lapor Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad.


Insiden itu berlaku pada malam Sabtu di kawasan berhampiran Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal, menurut saksi.


Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu sempena pesta Halloween, lapor Bernama.


Setakat awal pagi Ahad, seramai 149 orang termasuk dua warga asing disahkan terbunuh dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat, menurut pihak berkuasa bomba.


Kebanyakan mangsa dalam lingkungan 20-an, kata pihak berkuasa.


Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian dan memberikan bantuan CPR ke atas berpuluh-puluh mangsa. 


Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.