Remaja OKU ditemukan lemas dalam kolam

Remaja OKU lemas dalam kolam, 'malaysia today news, malaysian politics news, malaysia terkini, berita terkini malaysia today,BBP Bukit Gambir

TANGKAK— Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan lemas di dalam sebuah kolam di Kampung Batu 18 Sengkang, Bukit Gambir di sini hari ini.


Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata mangsa berusia 17 tahun dijumpai terapung di kolam sedalam kira-kira 15 kaki (4.57 meter) yang terletak 100 meter dari kediaman mangsa di kampung itu, pada 6.47 pagi tadi.


“Ahli keluarga mangsa menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir memaklumkan mangsa dijumpai terapung di dalam kolam buatan manusia itu yang digunakan pekebun sayur untuk mengambil air bagi tanaman mereka.


“Pasukan Keluaran Operasi bertindak ke lokasi kejadian dan melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang lemas dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


BBP Bukit Gambir menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada 8.42 malam tadi dan anggota membuat pencarian di sekitar kawasan rumah mangsa dan tempat berhampiran pada jarak dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.


Rafiah berkata remaja itu dan kakaknya ke kolam berkenaan pada 3.30 petang dan mereka kemudian pulang ke rumah sebelum ahli keluarga menyedari mangsa tiada di rumah pada 4.30 petang, katanya.

-- BERNAMA 


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.