Remaja lelaki maut, kemalangan kereta dan pikap di Jalan Bintulu-Bakun


BINTULU--Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan kereta dan pikap di Batu 20 Jalan Bintulu-Bakun di sini, petang tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Melvin Davis Ding ak Thomas Entinggan, 17.



Seorang lagi mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi Silvia ak Lucas,41 dan pemandu pikap Tony Ngo,57, hanya cedera ringan.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.26 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.



"Setibanya pasukan Bomba di lokasi, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Asap menggunakan ambulans. 


"Tiada tindakan operasi penyelamatan dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,pihak Bomba hanya membuat kerja-kerja mengalihkan kereta Perodua Myvi ke bahu jalan. 


"Setelah didapati keadaan selamat dan terkawal pihak Bomba bertolak balik ke balai," ujarnya.

Next Post Previous Post