PRU15: KPM beri pelepasan 5 hari pelajar pulang mengundi

Pelajar diberi pelepasan untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15, PRU15, KPM beri pelepasan 5 hari pelajar pulang mengundi
Tempoh itu bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing. Gambar hiasan 

KUALA LUMPUR— Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi pelepasan pada 17 hingga 21 Nov ini untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan itu selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU15 pada 19 Nov, lapor Bernama.


“Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing,” menurut kenyataan itu. 


KPM turut memaklumkan ketetapan itu juga sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Dis 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Dis tahun sama. 


Semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain, menurut kenyataan itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.