Pound British naik selepas Liz Truss letak jawatan PM

Pound Britain mencatat kenaikan berbanding dolar AS selepas peletakan jawatan Liz Truss, Pound British naik selepas Liz Truss letak jawatan PM
Truss merupakan perdana menteri paling singkat pernah berkhidmat dalam sejarah Britain dengan hanya 44 hari memegang jawatan. Gambar Twitter

ANKARA—Pound Britain mencatat kenaikan berbanding dolar AS selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.


Sterling didagangkan melebihi US$1.125 pada sebelah petang selepas mencecah US$1.13 pada awal sesi.


Perletakan jawatan Truss susulan belanjawan mini yang dibentangkan kerajaannya serta idea beliau mencetuskan pergolakkan dalam pasaran kewangan dan ekonomi, beberapa siri peletakan jawatan lain dan pemecatan dalam kerajaannya, serta isu disiplin dan perpaduan dalam Parti Konservatif.


Truss merupakan perdana menteri paling singkat pernah berkhidmat dalam sejarah Britain dengan hanya 44 hari memegang jawatan.


Nilai pound Britain susut hampir 17 peratus berbanding dolar AS sejak awal tahun ini, ketika negara itu berhadapan dengan inflasi yang melonjak dan bil tenaga yang tinggi.


Menurut data terkini, kadar inflasi tahunan rakyat di Britain meningkat kepada 10.1 peratus pada September.


Bank of England menaikkan kadar asasnya sebanyak 50 mata asas kepada 2.25 peratus daripada 1.75 peratus - iaitu kenaikan ketujuh berturut-turut oleh bank pusat itu.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.