Polis selamatkan 5 mangsa pemerdagangan orang untuk eksploitasi seks, tahan 2 saspek


KUCHING — Polis menyelamatkan lima wanita warga asing berusia antara 24 hingga 29 tahun, daripada aktiviti pemerdagangan manusia dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini petang Jumaat.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak cawangan D7 bersama Bahagian Siasatan Jenayah pada 21 Okt sekitar jam 3.30 petang.


“Hasil serbuan pihak polis telah berjaya menyelamatkan lima orang perempuan warga  asing dipercayai menjadi manga pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks.”


“Semasa tiba di lokasi, pihak polis mendapati premis didiami mangsa-mangsa telah berkunci daripada luar dan pergerakan mangsa telah dikawal oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis. Polis telah mengambil beberapa inisiatif untuk menyerbu masuk ke dalam premis tersebut dalam usaha menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Hasil risikan polis telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki tempatan berumur 23 dan 25 tahun bagi membantu siasatan manakala dua pasport warga asing milik mangsa turut dirampas.


Beliau berkata, tangkapan dan rampasan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang & Penveludupan Migran 2007.


“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda. kes turut di siasat di bawah seksyen 12(1)F) Akta Pasport 1966 jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 dan boleh dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun.


Katanya, siasatan awal mendapati, kesemua manga telah memasuki Sarawak dan dipaksa untuk melayan pelanggan berhibur di premis hiburan dan hotel termasuk melakukan aktiviti seks dengan bayaran tertentu. 


“Mangsa-mangsa mengaku berada di Sarawak antara tiga minggu hingga lima bulan. Kesemua manga akan dihantar ke pusat perlindungan wanita di Kota Kinabalu, Sabah untuk prosedur siasatan lanjut,” katanya.

Next Post Previous Post