PERKEP Padawan lawat anak anggota dimasukkan ke HUS


KUCHING-- Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan mengadakan lawatan kebajikan  dengan melawat anak anggota yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak(HUS) semalam.


Anak lelaki  kepada Kopral Chelsia Chai  Balai Siburan, Royzear Luke ak Richard  dimasukkan ke wad 4B Katil 04 HUS kerana mengalami darah tinggi dan obesiti serta masih dalam pemerhatian doktor.


Sementara itu,anak lelaki Lans Kopral Mujaahidin Kalek Balai Beratok, Anaqi Khair Mujaahidin dimasukkan ke Wad Pediatrik 2B Katil 20 HUS kerana mengalami demam panas dan sawan.


Lawatan itu diketuai Pengerusi Perkep, Lilly Salawati Sahrani, Kebajikan Perkep,Sarjan Aziazuliati, Kebajikan IPD, Sarjan Hairizam dan Kebajikan IPD, Sarjan Ismail.


Lawatan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim  antara ahli-ahli Perkep dan menyampaikan  sumbangan ikhlas.

Next Post Previous Post