Pemandu rentung kereta terbakar
![]() |
Mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu berada di tempat pemandu dan didapati rentung 100 peratus. Gambar kredit Bomba |
SHAH ALAM— Seorang individu maut dalam kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tepi Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang, Klang dekat sini awal pagi tadi.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu berada di tempat pemandu dan didapati rentung 100 peratus.
Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.27 pagi.
“Sebaik tiba 10 minit kemudian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar 100 peratus dengan seorang mangsa turut terbakar 100 peratus di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.