Pasangan doktor pakar giat jejaki ibu bapa kandung Aina dipercayai orang Sibu


KUALA KRAI-- Pasangan doktor pakar yang bertugas di di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan kini giat mencari ibu bapa kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai berada di Sibu.


Pasangan tersebut, Dr Adham dan Dr Yap memaklumkan kanak-kanak berusia hampir 3 tahun itu kini di bawah jagaan mereka. 



"Aina kini berusia 2 tahun 10 bulan. Dia sebelum ini dijumpai dalam keadaan baharu dilahirkan pada 17 Januari 2020 berhampiran pokok pisang di Lorong 16B, Perumahan Sibujaya oleh orang awam. 


"Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat yang kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan.


Tambah Dr Adham, berdasarkan laporan polis yang dibuat pengadu, tiada maklumat yang diketahui berkenaan ibu bapa Aina. 


"Oleh yang demikian, kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sibu untuk mencari penjaga yang layak dan sesuai," jelasnya.


Sehubungan itu, Dr Adham dan Dr Yap berharap kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan ibu bapa kandung Aina untuk menghubungi mereka dengan kadar yang secepat mungkin di talian 013-9335786 (En Adham) atau boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu di talian 084330675 (Mr Wilson) atau JKM K.Krai (09-9666138).

Next Post Previous Post