Malaysia atasi Sweden 5-0 di Kejohanan Remaja Dunia
![]() |
Mata terakhir diperoleh beregu campuran negara, Bryan Jeremy Goonting-Lee Xin Jie selepas mengatasi Mio Molin-Sofia Stromvall, 21-16, 21-23, 21-15. Gambar kredit BAM |
KUALA LUMPUR— Malaysia memulakan kempen acara berpasukan campuran merebut Piala Suhadinata pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia dengan mengalahkan Sweden 5-0 di Santander, Sepanyol, hari ini.
Malaysia, dalam kumpulan A, mengutip mata pembukaan apabila pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh menewaskan Eric Ramstedt 21-10, 21-10. sebelum menambah mata kedua menerusi pemain perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini Azman.
Siti Nurshuhaini mengalahkan Khushi Harakamani 21-12, 21-12.
Beregu lelaki negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif- Wong Vin Sean mengesahkan kemenangan Malaysia apabila menyingkirkan pasangan Victor Morskogen-Daniel Strom, 21-12, 21-9.
Beregu wanita negara, Ong Xin Yee- Carmen Ting terpaksa berhempas pulas selama 50 minit sebelum mengalahkan Elin Ohling-Elin Ryberg, 21-18,17-21, 21-16 manakala mata terakhir diperoleh beregu campuran negara, Bryan Jeremy Goonting-Lee Xin Jie selepas mengatasi Mio Molin-Sofia Stromvall, 21-16, 21-23, 21-15.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, juara bertahan Indonesia mengalahkan Latvia 5-0.
Esok, Malaysia akan berdepan dengan Latvia manakala Indonesia menentang Sweden.
Malaysia akan menentang Indonesia, Rabu ini.
Sebanyak 38 negara dalam lapan kumpulan mengambil bahagian dalam acara berpasukan campuran itu.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.