Kedai runcit di Taman Rejang terbakar

Sebuah kedai runcit dua tingkat di Taman Rejang terbakar, Kedai runcit di Taman Rejang terbakar

SIBU--Sebuah kedai runcit dua tingkat di Taman Rejang di sini, terbakar awal pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.44 pagi dengan menggerakkan  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dengan bantuan BBP Sungai Merah ke lokasi kejadian.



"Sampai di lokasi kejadian didapati sebuah kedai runcit dua tingkat struktur kekal  terbakar 90 peratus di tingkat bawah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,kebakaran dapat dikawal pada jam 6.20 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 6.32 pagi,kebakaran tidak melibatkan kecederaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.