Kanak-kanak tahan azab dua jam, cincin melekat di telunjuk jari

Gambar BBP Betong

BETONG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan dalam masa setengah jam selepas cincin melekat pada jari telunjuk sebelah kanan pada jam 9.40 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dalam kenyataannya berkata, seramai tiga anggotanya bergerak Klinik Kesihatan Tuie di pusa sejurus menerima panggilan dari pihak klinik bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan cincin terbabit.


"Sampai di klinik, pihak bomba bertindak memotong cincin berkenaan dengan menggunakan pemotong khas dan berjaya mengeluarkannya dari jari mangsa pada jam 11.40 pagi," ujarnya 

Setelah cincin berjaya dipotong, pasukan bomba bertindak menyerahkan mangsa kepada pihak klinik bagi memberikan rawatan lanjut buat mangsa.


Turut difahamkan bahawa telunjuk jari mangsa mengalami kecederaan dan bengkak disebabkan cincin yang melekat pada jari telunjuk tangan kanannya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.