Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas

Seorang gelandangan yang kudung tangan kanan membunuh seorang warga emas, Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas
Chin didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas pada Ahad lepas. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/Kosmo

IPOH-- Seorang gelandangan yang kudung tangan kanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas pada Ahad lepas.


Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ling Sin, 51, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Chin dituduh menyebabkan kematian Leong Chow Wah, 67, yang juga gelandangan, di lorong tepi sebuah restoran, Jalan Leong Sin Nam di sini antara pukul 4.50 pagi sehingga 5.50 pagi pada 16 Okt lepas.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 16 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


  -- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.