Bumbung 4 buah rumah di Tudan Fasa 1 'melayang'
![]() |
Gambar APM Miri |
MIRI--Bumbung empat buah rumah di Tudan Fasa 1 'melayang' dalam satu kejadian ribut kencang awal pagi tadi (Jumaat).
Seramai 28 mangsa terjejas dalam kejadian itu.
Mujur, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1. 12 pagi itu.
Menurut pegawai Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, sejurus dimaklumkan mengenai kejadian, pihaknya bergegas ke lokasi.
"Dua buah kenderaan turut dilaporkan rosak akibat dihempap bumbung parkir kereta," ujarnya.
Di lokasi, salah seorang mangsa, berusia 24 tahun memberitahu, sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat dari luar rumah dan apabila melakukan pemeriksaan mendapati bumbung parkir kereta telah runtuh.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.