Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah

JBPM Selangor berjaya menangkap seekor harimau kumbang di pekarangan sebuah rumah, Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah
Seekor harimau kumbang ditangkap di halaman sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih, Selangor. Gambar kredit JBPM Selangor

KUALA LUMPUR-- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berjaya menangkap seekor harimau kumbang di pekarangan sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih, Selangor hari ini.


Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.32 petang dan memasang jaring khas untuk menangkap haiwan itu. 


"Anggota Jabatan Perhilitan telah menembak ubat pelali pada harimau itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar khas,” katanya dalam kenyataan malam ini.


Norazam berkata operasi tersebut tamat kira-kira 7.10 malam dan harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.