Bilik tidur terbakar, lelaki meninggal dunia

Seorang lelaki meninggal dunia selepas bilik tidurnya terbakar, Bilik tidur terbakar, Kebakaran di Taman Kemena Raya
Gambar BBP Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia selepas bilk tidurnya terbakar dalam kebakaran yang berlaku di Taman Kemena Raya malam tadi.


Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, mangsa yang dikenali sebagai Mow Chee Mong yang ditemui melecur pada bahagian tubuh ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sempat dikeluarkan oleh orang awam dan diberikan rawatan awal oleh termasuk bantuan pernafasan (CPR) oleh Unit EMRS Bintulu, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke Hospital Bintulu.


Gambar BBP Bintulu


Dalam pada itu katanya, ayah mangsa yang merupakan warga emas berusia 82 tahun yang ketika itu berada di tingkat atas kediaman berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Gambar BBP Bintulu


Pasukan bomba sejurus itu katanya memulakan kerja-kerja memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran air yang mana sumber air diperoleh dari pili bomba berdekatan.


Gambar BBP Bintulu


"Siasatan terperinci akan dijalankan oleh Unit Forensik Bomba  bagi mengetahui punca sebenar berlaku kebakaran dalam masa terdekat ini," tambah beliau.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.