Bekalan simen kembali pulih minggu depan

Bekalan simen kepada pelanggan mereka akan kembali seperti biasa, CMS Cement Industries Sdn Bhd, Bekalan simen
Terdapat kekurangan bekalan bahan binaan berikutan penutupan kilang Mambong. Gambar arkib

KUCHING-- CMS Cement Industries Sdn Bhd hari ini memaklumkan bekalan simen kepada pelanggan mereka akan kembali seperti biasa menjelang minggu pertama November.


Dalam satu kenyataan, syarikat pembekal simen yang berpangkalan di Sarawak itu berkata terdapat kekurangan bekalan bahan binaan berikutan penutupan kilang Mambong dekat sini untuk tujuan penyelenggaraan dan kelewatan yang tidak dijangka dalam penghantaran bahan mentah, lapor Bernama.


“Tambahan pula, pengeluaran di kilang Pending ditangguh lagi selama 14 hari disebabkan hujan lebat yang menjejaskan penghantaran bahan mentah,” katanya.


Sementara itu, bekalan simen ke seluruh Sarawak kekal tidak terjejas kerana permintaan di kawasan seperti Sibu, Bintulu dan Miri, ditampung oleh pengeluaran di kilang syarikat itu di Bintulu.


“Kami ingin memohon maaf atas kekurangan bekalan simen (dan) akan berusaha untuk memastikan bekalan simen yang stabil kepada semua pelanggan kami,” tambahnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.