Bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam kotak di hentian bas

Bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan di dalam kotak. Gambar kredit Polis Serdang

KUALA LUMPUR— Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan, berkata bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi, lapor Bernama.


“Bayi lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata usaha untuk mengesan saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang giat dijalankan.


Katanya,  kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Next Post Previous Post