5 suspek kes samun kedai 24 jam di Matang diberkas


KUCHING--Lima suspek yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai 24 jam di Jalan Matang di sini, Selalu lalu, berjaya di berkas pihak polis hari ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lin Jaw Shyong berkata, kesemua suspek lelaki tempatan berjaya ditangkap pihak Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching.


"Soal siasat lanjut akan diteruskan berkenaan penglibatan semua suspek dalam kes ini sebaik sahaja permohonan reman diperoleh di Mahkamah Kuching.

"Kita telah mengesan satu video cubaan samun yang dimuatnaik di laman media sosial facebook milik Mami Neetu berhubung kes ini hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pihak polis mengesahkan menerima satu laporan berkenaan insiden yang sama pada Selasa lalu. 


"Mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun bersama rakan sekerjanya cuba disamun di sebuah kedai 24 jam di Jalan Matang pada jam 4.48 pagi.


"Dalam kejadian itu tiada sebarang kecederaan dialami kedua-dua mangsa," katanya.


Katanya, empat orang suspek lelaki terlibat dalam kejadian, dua suspek menunggu di luar dengan menggunakan dua buah motosikal manakala dua lagi suspek cuba menyamun wang hasil jualan premis.


"Kedua-dua suspek yang masuk ke dalam kedai berpura-pura sebagai pelanggan sebelum mengeluarkan objek tajam dan seterusnya mengacam mencederakan mangsa jika tidak diberikan wang.


"Kes disiasat mengikut Seksyen  395/397 Kanun Keseksaan," tegasnya.

Next Post Previous Post